Saturday, May 8, 2010

KEBERSIHAN DALAM TUBUH BADAN

Setiap hari,kita terdedah kepada beribu-ribu jenis toksik dan bahan kimia tidak kira dirumah, tempat kerja, udara yang kita hidu, sumber makanan dan minuman atau ubat-ubatan yang kita gunakan. Selain itu, tabiat pemakanan sekarang juga melebihkan kandungan gula dan bahan tambahan berbanding dengan zaman dahulu.Kita juga menggunakan pelbagai ubat perangsang dan penenang tanpa kawalan.

6 faktor utama penyebab penyakit:-
  • Pencemaran udara
  • Pencemaran sumber air
  • Stres dan cara hidup yang tidak teratur
  • Kurang bersenam
  • Penggunaan ubat tanpa kawalan
  • Tabiat makan yang tidak sihat
Faktor penyebab penyakit ini akan menyebabkan pengumpulan sisa toksik dalam tubuh badan dan seterusnya menimbulkan penyakit kronik.

5 saluran penyingkiran toksik pada tubuh manusia.

Tubuh kita mempunyai organ yang berikut untuk menyingkirkan sisa toksik yang ditinggalkan oleh proses atau tindakbalas kimia di dalam tubuh kita.
  1. Hati
  2. Paru-paru
  3. Kulit
  4. Ginjal / Buah pinggang
  5. Usus

No comments:

Post a Comment