Saturday, May 8, 2010

MEMAHAMI ISYARAT BADAN

Sihat bererti sel-sel menjalankan fungsi metabolisme dalam keadaan yang normal. Apabila tubuh kita diabaikan buat satu jangkamasa yang panjang, metabolisme sel akan mengalami perubahan. Keadaan separuh sihat (letih, tidak selesa, penyakit kronik dan sebagainya) ialah isyarat-isyarat yang menunjukkan metabolisme yang tidak normal. Isyarat-isyarat ini merupakan jambatan yang menghubungkan kita dengan sel-sel. Jika kita menerima isyarat tersebut memenuhi keperluan sel ia akan kembali kepada keadaan yang sihat.

Sebaliknya jika kita tidak menghiraukan isyarat-isyarat tersebut dalam jangkamasa yang panjang fungsi organ-organ di dalam tubuh badan akan mengalami kerosakan, menyebabkan pelbagai penyakit.

Perubatan moden kini hanya memberikan perhatian kepada menyekat isyarat-isyarat tersebut, oleh itu ia akan merawat penyakit bukan mencari punca penyakit. Berbeza dengan perubatan moden, rawatan punca penyakit mementingkan signal, memahami sebab musabab timbulnya isyarat tersebut dan seterusnya memenuhi keperluan sel bagi mencapai matlamat merawat sesuatu penyakit secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment