Saturday, May 8, 2010

BAGAIMANA MENINGKATKAN DAYA PEMULIHAN DIRI

Semua makhluk di dunia ini dianugerahi keupayaan yang istimewa.

Misalnya "kucing" atau "anjing" yang sakit tahu mencari rumput yang sesuai untuk dimakan. "Burung" dan "unggas" pula pandai bermain pasir untuk memulihkan keadaan kesihatan diri dan sebagainya. Semua ini merupakan kaedah semulajadi semua makhluk untuk meneruskan kehidupannya.

Tubuh manusia adalah suatu keajaiban.

Sejak dilahirkan, kita telah memiliki pelbagai keupayaan istimewa yang dianugerahi oleh alam semula jadi. Daya penyembuhan diri adalah salah satu daripadanya. Namun, penganugerahan seperti ini tidak semestinya kekal selama-lamanya. Ia boleh merosot berikutan peningkatan usia kita, pengamalan tabiat makan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat. Malah dengan gaya masyarakat moden kini menjamin kemerosotan kesihatan dari usia muda lagi.

No comments:

Post a Comment