Oksigen adalah asas kehidupan.
Setiap hari, proses metabolisme menghasilkan berjuta-juta sel baru untuk menggantikan sel-sel yang rosak dan mati. Proses ini memerlukan bekalan oksigen yang banyak. Di samping itu, oksigen juga dapat meneutralkan unsur-unsur yang berbahaya kepada tubuh, menjadikan unsur penyebab kanser yang dihasilkan oleh proses metabolisme kepada bahan yang tidak berbahaya, mencegah kejadian kanser dan membantu vitamin berfungsi dengan baik.
Kita boleh mendapatkan oksigen melalui senaman, ini kerana senaman dapat membantu menambahkan oksigen dalam tubuh, melancarkan peredaran darah dan menggalakkan metabolisme sel yang normal dan seterusnya mencegah penyakit.
Namun, akibat gaya hidup orang zaman sekarang yang terlalu sibuk, ramai yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam. Ini ditambah pula dengan tekanan kerja dan selalu berada di dalam bilik berhawa dingin menyebabkan sel-sel di dalam tubuh kekurangan oksigen yang segar. Selain itu, masyarakat zaman perindustrian juga menyumbangkan kepada pencemaran, mengurangkan kandungan oksigen di dalam udara sehingga menyebabkan fungsi metabolik tubuh dan pembaharuan serta penggantian sel terganggu, dan akhirnya mengakibatkan pelbagai penyakit kronik.
No comments:
Post a Comment