Saturday, May 8, 2010

NILAI SEBUAH KESIHATAN

Setiap tahun, terdapat ratusan ribu orang seluruh dunia mati akibat pelbagai jenis penyakit moden seperti penyakit jantung, kanser, penyakit paru-paru, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai penyakit berjangkit juga semakin ganas menyerang manusia sehingga mengakibatkan seluruh penduduk bumi ini hidup dalam kebimbangan dan ketakutan.

Adakah ini harga yang perlu dibayar demi sebuah masyarakat yang maju? Mengapa ketika masyarakat kita semakin maju dan teknologi perubatan semakin canggih dan moden, penyakit moden yang menggerunkan semakin kerap menyerang kita? Semua ini berpunca daripada tanggapan konsep pemakanan yang salah sehingga menyebabkan tubuh kita tidak dapat memperoleh pemakanan yang seimbang sekali gus menjejaskan metabolisme tubuh, daya keimunan menjadi lemah lalu penyakit moden berpeluang menyerang kita!

Keadaan ini bertambah buruk akibat kita sering terdedah kepada pencemaran udara, pencemaran sumber air, tekanan hidup, kurang bersenam, waktu rehat dan bekerja yang tidak menentu serta pemakanan yang tidak seimbang. Kesemua kesan negatif yang utama ini telah menyebabkan tubuh kita yang sudah pun berada dalam keadaan separuh sihat semakin mudah diserang penyakit moden dan dijangkiti penyakit berjangkit kerana daya penyembuhan diri kita sudah merosot!

No comments:

Post a Comment