Akibat peredaran zaman,
gaya hidup kita juga mengalami perubahan yang drastik. Nutrien yang diperolehi juga turut berubah. Dari zaman pertanian (tinggi serat, tinggi kandungan vitamin dan mineral) hingga ke zaman perindustrian (tinggi protein, lemak, berlebihan karborhidrat) tabiat pemakanan juga mengalami perubahan yang ketara. Akibatnya semakin banyak penyakit moden seperti penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, artritis dan sebagainya turut muncul.
Nutrien mempunyai fungsi dan kepentingan yang berbeza dan kesemuanya berkait rapat dengan kesihatan kita. Kekurangan mana-mana satu nutrien pun akan menimbulkan tindakbalas berantaian yang seterusnya akan membawa kepada masalah kesihatan.
Secara asasnya nutrien, boleh dibahagikan kepada 5 jenis yang utama iaitu :-
1- Karbohidrat
2- Protein
3- Lemak
4- Vitamin
5- Mineral
Untuk memelihara kesihatan tubuh badan, pengambilan pemakanan yang mengandungi nutrien yang seimbang adalah penting.
Tubuh manusia akan kekal sihat kerana memperolehi nutrien yang seimbang, air yang secukupnya, oksigen yang secukupnya serta kesejahteraan mental. Apabila sel-sel memperolehi nutrien yang cukup, tubuh manusia tidak akan mudah diserang penyakit, maka akan hidup dalam keadaan yang sihat.
No comments:
Post a Comment