Setiap hari,kita terdedah kepada beribu-ribu jenis toksik dan bahan kimia tidak kira dirumah, tempat kerja, udara yang kita hidu, sumber makanan dan minuman atau ubat-ubatan yang kita gunakan. Selain itu, tabiat pemakanan sekarang juga melebihkan kandungan gula dan bahan tambahan berbanding dengan zaman dahulu.Kita juga menggunakan pelbagai ubat perangsang dan penenang tanpa kawalan.
6 faktor utama penyebab penyakit:-- Pencemaran udara
- Pencemaran sumber air
- Stres dan cara hidup yang tidak teratur
- Kurang bersenam
- Penggunaan ubat tanpa kawalan
- Tabiat makan yang tidak sihat
Faktor penyebab penyakit ini akan menyebabkan pengumpulan sisa toksik dalam tubuh badan dan seterusnya menimbulkan penyakit kronik.
5 saluran penyingkiran toksik pada tubuh manusia.Tubuh kita mempunyai organ yang berikut untuk menyingkirkan sisa toksik yang ditinggalkan oleh proses atau tindakbalas kimia di dalam tubuh kita.
- Hati
- Paru-paru
- Kulit
- Ginjal / Buah pinggang
- Usus
No comments:
Post a Comment