Thursday, May 13, 2010

CHIKUNGUNYA

CHIKUNGUNYA

Penyakit demam chikungunya merupakan penyakit endemik (berlaku dengan kerap di sesuatu kawasan atau populasi, sentiasa ada) berpunca daripada virus chikungunya dari keluarga Togaviridae (genus alphavirus). Kes pertama chikungunya direkodkan pada tahun 1952 di Tanzania, Afrika. Mendapat namanya dari bahasa Swahili, chikungunya bererti ‘melengkung ke atas’, merujuk kepada bentuk badan pesakit yang berubah seperti membongkok disebabkan menanggung kesakitan yang teramat.

Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya. Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali. Jangan lupa, chikungunya sekeluarga dengan denggi berdarah. Tambahan pula, gejalanya hampir serupa. Ia juga boleh melemahkan sistem imun tubuh, menyebabkan badan mudah dijangkiti oleh penyakit-penyakit lain.

Diagnos

Chikungunya dikesan melalui ujian darah. Memandangkan kemunculan klinikal bagi chikungunya dan denggi berdarah mirip di antara kedua-duanya, pengesahan makmal adalah penting, apatah lagi di kawasan-kawasan berlakunya kes-kes demam denggi.

Mana-mana individu yang pernah dijangkiti virus ini secara semula jadinya akan membina daya ketahanan yang bertahan lama. Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mungkin mengalami sakit sendi yang berpanjangan dari beberapa minggu ke bulan lamanya dan berulang-ulang dalam tempoh yang agak lama, disebabkan oleh reaksi sendi dan bukannya jangkitan virus.

Jangkitan

Seperti halnya demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya). Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan banyakkan minum air dan istirahat yang cukup.
Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.

Bagaimanapun, nyamuk yang membawa darah bervirus di dalam tubuhnya akan kekal terjangkit sepanjang hayatnya. Tiada bukti menunjukkan virus chikungunya dipindahkan oleh nyamuk betina kepada telurnya sebagaimana virus demam denggi.

Seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain. Proses penularan hanya berlaku menerusi nyamuk pembawa.

Masa di antara gigitan nyamuk pembawa virus chikungunya dengan terjadinya tanda-tanda penyakit chikungunya berlaku di antara satu hingga tujuh hari (paling biasa berlaku dalam tempoh dua hingga empat hari).

JIKA ANDA MENGGUNAKAN PRODUK :-

KEISTIMEWAANNYA

(1) ANDA AKAN DILANTIK MENJADI AHLI(TIADA BAYARAN UNTUK MENJADI AHLI). BORANG UNTUK REGISTER AHLI AKAN DIHANTAR DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM POS LAJU BERSAMA PRODUK YANG DIPESAN.

(2) SETIAP PRODUK YANG DIPESAN PADA KALI PERTAMA DI JUAL DENGAN HARGA PENGGUNA= RM 427.00.UNTUK PEMBELIAAN KALI KE 2 DAN SETERUSNYA AKAN DI JUAL DENGAN HARGA AHLI (RM 365.00 BESERTA KOS PENGHANTARAN)

PERHATIAN:- BONUS ( SUPER 5 )RM 300.00- RM 350.00 SEBULAN
BONUS ( SUPER 25 ) RM 2000.00 SEBULAN
TIKET PELANCONGAN KE SHANGHAI CHINA

(3) DALAM MASA SEBULAN JIKA ANDA MENGGUNAKAN SET PRODUK INI ANDA TELAH MENGUMPUL (BV 219).JIKA DALAM SEBULAN ADA 5 ORANG PELANGGAN YANG MENGGUNAKAN PRODUK YANG SAMA,MEREKA AKAN DI LETAKKAN DIBAWAH RANGKAIAN ANDA.
ANDA SECARA AUTOMATIK LAYAK MENDAPAT BONUS RM 300.00 - RM 350.SEBULAN

(4) JIKA ANDA DAN 5 PELANGGAN DIBAWAH ANDA. TERDAPAT 5 PENGGUNA DARI SETIAP MEREKA DALAM SEBULAN,SECARA AUTOMATIK ANDA LAYAK MENDAPAT (BONUS SUPER 25 = RM 2000.00 SEBULAN)

(5) KHAS UNTUK AHLI-AHLI BARU BERMULA DARI BULAN APRIL HINGGA BULAN OGOS QUALIFY 2 X SUPER 25 BERTURUT-TURUT DALAM 2 BULAN
CONTOHNYA:- BULAN JUN 1 KALI SUPER 25 DAN BULAN JULAI 1 KALI SUPER 25 DENGAN PENGGUNA YANG SAMA

ANDA SECARA AUTOMATIK LAYAK MENDAPAT 1 TIKET YANG DIBERI OLEH TASLY MALAYSIA SDN.BHD (TASLY SHANGHAI TRIP) TERMASUK PENGINAPAN, MAKAN DAN PENERBANGAN PERCUMA.

PROMOSI SAH DARI 1 JUN HINGGA 31 OGOS

AYUH REBUTLAH PELUANG KEEMASAN YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA DISAMPING KESIHATAN YANG TERBAIK.

No comments:

Post a Comment