Penjagaan Kesihatan 1
* Kesihatan badan, perasaan dan mental adalah penting utk menjamin kesihatan badan secara umum.
* Penjagaan makanan dan senaman yang berpadanan adalah penting untuk penjagaan tubuh badan.
* Kasih sayang antara manusia dengan TUHAN akan membuahkan rasa sayang sesama manusia. Rasa sayang inilah yang menjadi makanan bagi kesihatan jiwa dan mental kita. Oleh itu berusahalah kita untuk menjadi hamba TUHAN yang sepatutnya dan berusahalah menjalin kasih sayang sesama manusia; terutamanya hubungan kasih sayang di kalangan suami isteri dan anak- anak. Bagi seorang muslim; solat 5 waktu janganlah ditinggalkan.
* Dalam kita menjalankan tugas harian kita; pastikan diri kita diaturkan dan didisiplinkan; seperti didahulukan perkara perkara yang lebih penting dan utama. Dicatitkan perkara perkara yang boleh menyebabkan kita lupa. Dengan itu; urusan harian kita akan lebih tersusun dan teratur; supaya kita lebih bersikap tanggungjawab. Hasilnya; fikiran dan perasaan kita akan lebih tenang dalam menjalankan tanggungjawab harian.
* Elakkan daripada merokok, mengambil minuman keras, seks bebas dan mengambil dadah.
* Bersenam secara tetap / harian – sekurang kurangnya 20 minit sehari.
* Makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.
* Kurangkan pengambilan lemak, garam, gula, pewarna dan pengawet.
* Lebihkan sayur- sayuran dan buah buahan, karbohidrat dan protein ikut keperluan.
* Elakkan makan makanan ringan / segera.
* Sarapan pagi – eloklah kurangkan pengambilan nasi lemak, roti canai, mee goreng dan nasi goreng; kerana ianya mengandungi kalori yang tinggi dan menggemukkan dan meninggikan paras kolesterol di dalam darah. Ianya eloklah diganti dengan mee hon, laksa, capati, tose, roti kering dan lain-lain.
* Elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, usus, otak, limpa, hempedu, paru paru dan lain lain kerana ianya mengandungi kolesterol dan uric acid yg tinggi.
* Kurangkan pengambilan daging merah kerana tinggi kolesterolnya; ianya seperti daging lembu, kerbau, kambing, babi dan lain lain. Ianya diganti dengan mengambil daging putih seperti daging ayam; terutamanya bahagian dada ayam kerana kurang kolesterol. Kulit ayam dan kuning telur ayam banyak mengandungi kolesterol. Oleh itu; cuba elakkan mengambilnya; putih telur boleh dimakan.
* Kurangkan pengambilan santan kelapa dan minyak kelapa eloklah diganti dgn minyak zaitun / bunga matahari/minyakjagung
* Kurangkan pengambilan makanan ketika makan malam.
* Elakkan mengambil susu pekat manis dan air berkarbonat untuk mengelakkan kencing manis.
* Minum air yang telah ditapis/ disuling dan dimasak.
No comments:
Post a Comment