Sunday, May 9, 2010

KENCING MANIS / DIABETES


Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.
Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:
-

Diabetes Primer

Jenis I
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.

Jenis II

Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.

Diabetes Sekunder

Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.

Simptom / Gejala

Simptom-simptom yang paling biasa ialah:

1) Kerap membuang air kencing
2) Sentiasa berasa dahaga
3) Selera makan meningkat
4) Letih
5) Hilang berat badan
6) Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
7) Luka yang lambat sembuh
8) Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur

Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Rawatan

Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.


JIKA ANDA MENGGUNAKAN PRODUK :-

KEISTIMEWAANNYA

(1) ANDA AKAN DILANTIK MENJADI AHLI(TIADA BAYARAN UNTUK MENJADI AHLI). BORANG UNTUK REGISTER AHLI AKAN DIHANTAR DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM POS LAJU BERSAMA PRODUK YANG DIPESAN.

(2) SETIAP PRODUK YANG DIPESAN PADA KALI PERTAMA DI JUAL DENGAN HARGA PENGGUNA= RM 427.00.UNTUK PEMBELIAAN KALI KE 2 DAN SETERUSNYA AKAN DI JUAL DENGAN HARGA AHLI (RM 365.00 BESERTA KOS PENGHANTARAN)

PERHATIAN:- BONUS ( SUPER 5 )RM 300.00- RM 350.00 SEBULAN
BONUS ( SUPER 25 ) RM 2000.00 SEBULAN
TIKET PELANCONGAN KE SHANGHAI CHINA

(3) DALAM MASA SEBULAN JIKA ANDA MENGGUNAKAN SET PRODUK INI ANDA TELAH MENGUMPUL (BV 219).JIKA DALAM SEBULAN ADA 5 ORANG PELANGGAN YANG MENGGUNAKAN PRODUK YANG SAMA,MEREKA AKAN DI LETAKKAN DIBAWAH RANGKAIAN ANDA.
ANDA SECARA AUTOMATIK LAYAK MENDAPAT BONUS RM 300.00 - RM 350.SEBULAN

(4) JIKA ANDA DAN 5 PELANGGAN DIBAWAH ANDA. TERDAPAT 5 PENGGUNA DARI SETIAP MEREKA DALAM SEBULAN,SECARA AUTOMATIK ANDA LAYAK MENDAPAT (BONUS SUPER 25 = RM 2000.00 SEBULAN)

(5) KHAS UNTUK AHLI-AHLI BARU BERMULA DARI BULAN APRIL HINGGA BULAN OGOS QUALIFY 2 X SUPER 25 BERTURUT-TURUT DALAM 2 BULAN
CONTOHNYA:- BULAN JUN 1 KALI SUPER 25 DAN BULAN JULAI 1 KALI SUPER 25 DENGAN PENGGUNA YANG SAMA

ANDA SECARA AUTOMATIK LAYAK MENDAPAT 1 TIKET YANG DIBERI OLEH TASLY MALAYSIA SDN.BHD (TASLY SHANGHAI TRIP) TERMASUK PENGINAPAN, MAKAN DAN PENERBANGAN PERCUMA.

PROMOSI SAH DARI 1 JUN HINGGA 31 OGOS

AYUH REBUTLAH PELUANG KEEMASAN YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA DISAMPING KESIHATAN YANG TERBAIK.

1 comment: