AIDS
Semenjak mula dilaporkan pada tahun 1981, penyakit AIDS terus membimbangkan seluruh dunia terutamanya di negara-negara barat dan Afrika. Kebimbangan ini timbul kerana penyakit AIDS telah merebak dengan luasnya dan sehingga sekarang belum ada lagi rawatan khusus untuk penyakit ini. Kebanyakan pesakit AIDS berkesudahan dengan kematian.
Walaubagaimanapun, penyakit AIDS boleh dicegah dengan berkesan. Ini memerlukan kerjasama dan penglibatan setiap individu dan lapisan masyarakat. Selain daripada itu, apa yang yang mendukacitakan ialah seorang pesakit AIDS itu bukan sahaja terpaksa menghadapi akibat serangan kuman AIDS tetapi terpaksa pula berhadapan dengan tekanan-tekanan sosial yang disebabkab kurang fahaman tentang penyakit AIDS.
Adalah diharapkan segala informasi yang terdapat di dalam laman web ini dapat mengurangkan kebimbangan keterlaluan orang ramai, memperbaiki perspektif terhadap pesakit AIDS, dan memberi panduan kepada mereka yang berisiko tinggi khususnya dan amnya kepada orang ramai dalam mencegah dan mengawal penyakit AIDS.
Apa itu AIDS ?
AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman virus (Human immunodeficiency virus-HIV atau virus AIDS) yang melumpuhkan keupayaan semulajadi badan di dalam melawan penyakit. Dengan lumpuhnya keupayaan ini, mereka yang dijangkiti virus AIDS akan terdedah kepada:-
1) Semua jenis kuman termasuk yang biasanya tidak membahayakan
2) Beberapa jenis barah yang biasanya jarang berlaku
Bagaimana AIDS Merebak?
AIDS merebak melalui darah, air mani dan cecair faraj daripada orang-orang yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak daripada seseorang ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.
Berdasarkan kepada cara-cara virus AIDS berjangkit, anda mungkin terdedah kepada virus AIDS sekiranya anda melakukan perkara-perkara berikut:-
1) Hubungan seks sejenis (Homoseks)
2) Hubungan seks dengan berbilang pasangan
3) Hubungan seks dengan pelacur
4) Berkongsi menggunakan jarum suntikan untuk penagihan dadah.
Bolehkah AIDS Dijangkiti Melalui Pendermaan Darah?
Tidak. Ini adalah kerana semua alat yang digunakan untuk pengambilan darah adalah bersih daripada kuman dan ianya hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tidak terdedah kepada AIDS adalah digalakkan untuk terus menderma darah.
Bolehkah Anda Dijangkiti AIDS Melalui Pemindahan Darah?
Ini tidak mungkin akan berlaku kerana setiap unit darah yang diderma di negara ini diuji untuk antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan-bahan yang dihasilkan oleh tubuh badan seseorang yang dijangkiti oleh virus AIDS. Sekiranya terdapat Antibodi AIDS, darah itu akan dimusnah dan tidak digunakan.
Bolehkah AIDS Berjangkit Dengan Menyentuh Pesakit AIDS?
Tidak. AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan dan juga cara-cara lain seperti:-
Sentuhan
Bersalaman
Bersukan
Berhimpit-himpit di tempat yang sesak
Bekerja dengan seorang pembawa AIDS
Berciuman
Bolehkah AIDS Berjangkit Melalui Pinggan, Mangkuk, Sudu dan Gelas yang Digunakan oleh Pesakit AIDS?
Tidak. Virus AIDS tidak dapat hidup di luar tubuh manusia. Membasuh pinggan, mangkuk, sudu dan gelas seperti biasa dapat membunuh kuman tersebut.
Bolehkah anda mendapat AIDS dengan memakan makanan yang disediakan oleh pesakit AIDS?
Tidak. Kerana AIDS tidak merebak melalui makanan
Bolehkah AIDS berjangkit dengan menggunakan tandas awam, telefon, dan kenderaan awam?
AIDS tidak boleh dijangkiti dengan menggunakan kemudahan awam di atas oleh kerana ia tidak merebak melalui:-
Air
Udara
Makanan
Menyentuh dan memegang barang-barang kepunyaan pesakit AIDS.
Bolehkah AIDS merebak melalui kolam renang?
Tidak. Virus AIDS akan dimatikan oleh klorin yang dicampurkan ke dalam air di kolam renang.
Bolehkah AIDS berjangkit melalui mencuba pakaian di kedai pakaian?
Tidak. Oleh kerana AIDS tidak boleh merebak melalui udara atau dengan menyentuh barang-barang yang telah disentuh oleh pesakit AIDS.
Bolehkah AIDS berjangkit melalui gigitan nyamuk?
Tidak. Sehingga sekarang tidak ada bukti saintifik menunjukkan bahawa gigitan nyamuk boleh merebak AIDS.
Bagaimanakah anda boleh mengetahui yang anda telah terdedah kepada virus AIDS?
Anda boleh mengetahui yang anda telah terdedah kepada virus AIDS dengan mendapatkan ujian darah di hospital-hospital kerajaan yang berhampiran. Semua keputusan adalah rahsia.
Apakah maknanya jika ujian darah itu negatif?
Ini bermakna antibodi AIDS tidak dikesan. Biasanya ini menunjukkan yang virus AIDS tidak ada dalam badan anda. Walaubagaimanapun, antibodi tersebut hanya dapat dikesan selepas enam minggu hingga tiga bulan anda terdedah kepada virus AIDS. Dalam keadaan begini, ujian darah ulangan adalah diperlukan.
Apakah maknanya jika ujian darah itu positif?
Ini menunjukkan antibodi terhadap virus AIDS itu telah dapat dikesan. Ini bermakna anda telah terdedah kepada jangkitan virus AIDS. Walaubagaimanapun, satu lagi ujian darah perlu dijalankan untuk mengesahkan anda benar-benar dijangkiti virus AIDS.
Bilakah anda akan disahkan sebagai pesakit AIDS?
Anda akan disahkan sebagai seorang pesakit AIDS sekiranya anda mempunyai ciri-ciri berikut:-
1. Ujian pengesahan darah anda adalah positif.
2. Mempunyai sebahagian daripada tanda-tanda dan gejala penyakit AIDS seperti berikut:-
Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab-sebab tertentu.
Cirit-birit yang berlarutan.
Demam yang berpanjangan (sekali-sekala ataupun berterusan)
Batuk-batuk yang berterusan.
Bengkak-bengkak kelenjar di leher, ketiak, atau pangkal peha.
Penyakit herpes zoster yang berulangan. Herpes zoster adalah sejenis jangkitan urat saraf yang kelihatan sebagai lepuh-lepuh di kulit.
Penyakit kandidiasis di bahagian mulut dan farinks. (tekak) Kandidiasis adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat.
Penyakit herpes simplex yang merebak dan berulangan. Herpes simplex adalah sejenis jangkitan kulit yang biasanya kelihatan sebagai lepuh-lepuh di sekitar mulut atau kemaluan.
3. Mempunyai penyakit-penyakit bersabit lumpuhnya keupayaan badan melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman AIDS seperti:-
Jangkitan paru-paru (Pneumocytis carinii pneumonia).
Barah di kulit atau mulut (Kaposi's sarcoma)
Jangkitan-jangkitan lain yang jarang berlaku di kalangan orang yang sihat.
JIKA ANDA MENGGUNAKAN PRODUK :-
KEISTIMEWAANNYA
(1) ANDA AKAN DILANTIK MENJADI AHLI(TIADA BAYARAN UNTUK MENJADI AHLI). BORANG UNTUK REGISTER AHLI AKAN DIHANTAR DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM POS LAJU BERSAMA PRODUK YANG DIPESAN.
(2) SETIAP PRODUK YANG DIPESAN PADA KALI PERTAMA DI JUAL DENGAN HARGA PENGGUNA= RM 427.00.UNTUK PEMBELIAAN KALI KE 2 DAN SETERUSNYA AKAN DI JUAL DENGAN HARGA AHLI (RM 365.00 BESERTA KOS PENGHANTARAN)
PERHATIAN:- BONUS ( SUPER 5 )RM 300.00- RM 350.00 SEBULAN
BONUS ( SUPER 25 ) RM 2000.00 SEBULAN
TIKET PELANCONGAN KE SHANGHAI CHINA
(3) DALAM MASA SEBULAN JIKA ANDA MENGGUNAKAN SET PRODUK INI ANDA TELAH MENGUMPUL (BV 219).JIKA DALAM SEBULAN ADA 5 ORANG PELANGGAN YANG MENGGUNAKAN PRODUK YANG SAMA,MEREKA AKAN DI LETAKKAN DIBAWAH RANGKAIAN ANDA.
ANDA SECARA AUTOMATIK LAYAK MENDAPAT BONUS RM 300.00 - RM 350.SEBULAN
(4) JIKA ANDA DAN 5 PELANGGAN DIBAWAH ANDA. TERDAPAT 5 PENGGUNA DARI SETIAP MEREKA DALAM SEBULAN,SECARA AUTOMATIK ANDA LAYAK MENDAPAT (BONUS SUPER 25 = RM 2000.00 SEBULAN)
(5) KHAS UNTUK AHLI-AHLI BARU BERMULA DARI BULAN APRIL HINGGA BULAN OGOS QUALIFY 2 X SUPER 25 BERTURUT-TURUT DALAM 2 BULAN
CONTOHNYA:- BULAN JUN 1 KALI SUPER 25 DAN BULAN JULAI 1 KALI SUPER 25 DENGAN PENGGUNA YANG SAMA
ANDA SECARA AUTOMATIK LAYAK MENDAPAT 1 TIKET YANG DIBERI OLEH TASLY MALAYSIA SDN.BHD (TASLY SHANGHAI TRIP) TERMASUK PENGINAPAN, MAKAN DAN PENERBANGAN PERCUMA.
PROMOSI SAH DARI 1 JUN HINGGA 31 OGOS
AYUH REBUTLAH PELUANG KEEMASAN YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA DISAMPING KESIHATAN YANG TERBAIK.
No comments:
Post a Comment