Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.
Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang,menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang,pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.Tulang yang dibaiki dan diperteguhkan dengan pelbagai zat protien dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium , fosporus, protien dan juga asid amino .
Hormon
pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang.
Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh,hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
Tanda dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga usia emas mereka tidak boleh hidup berikut kecederaan. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.
Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga usia emas adalah satu gejala osteoporosis.Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.
Sebab-Sebab
Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko mendapat osteoporosis, kerana tulang masih kuat.
Ada beberapa faktor yang boleh
meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis:
Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopos. Wanita berisiko tinggi apabila :
• Mengalami menopos awal sebelum umur 45 tahun.
• Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45
tahun , terutama jika ovari dibuang sekali.
• Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman
berlebihan atau makan berlebihan.
Hormon lelaki , iaitu testosterone juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.Penyakit hormon-penghasilan kelenjar boleh menyebabkan osteoporosis.
Hormon wanita ,estrogen , dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat,dengan memproseskan mineral seperti kalsium.
Osteoporosis boleh tercetus oleh penyakit
melibatkan hormon, termasuk :
• Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
• Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol
(hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
• Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
• Gangguan di kelenjar pituitari dan,
• Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:
• Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
• Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti rehat di atas katil.
• Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
• Gangguan penyerapan seperti ' Coeliac disease' (penyakit seliak) dan Crohn's disease(penyakit crohn).
• Penggunaan ubat berdos tinggi bagi rawatan korti kosteroid bagi tempoh yang lama
(selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada
kekuatan tulang.
• Kekurangan kalsium .
• Paras rendah vitamin D.
• Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai
tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
Diagnosa
Osteoporosis selalunya tidak didiagnosakan sehinggalah tulang lemah dan menyebabkan
tulang patah. Sinaran x tidak boleh memberi ukuran jisim tulang yang betul, tetapi boleh mengenalpasti kepatahan tulang belakang. Kepadatan tulang dapat dilihat melalui scan,dipanggil' dual energy X-ray absorptiometry (DEXA) scan', digunakan untuk mengukur kepadatan tulang dan dapat membandingkannya dengan yang normal. Ujian ini menyukat/mengukur kekuatan tulang serta risiko kepatahan.
Komplikasi
Osteoporosis menyebabkan kurang ketinggian badan, akibat kepatahan tulang belakang
(spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan, dan menyebabkan bentuk badan yang sedikit membongkok . Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan , lengan, leher atau tulang pinggul.Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang lemah. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.
JIKA ANDA MENGGUNAKAN PRODUK :-
KEISTIMEWAANNYA
(1) ANDA AKAN DILANTIK MENJADI AHLI(TIADA BAYARAN UNTUK MENJADI AHLI). BORANG UNTUK REGISTER AHLI AKAN DIHANTAR DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM POS LAJU BERSAMA PRODUK YANG DIPESAN.
(2) SETIAP PRODUK YANG DIPESAN PADA KALI PERTAMA DI JUAL DENGAN HARGA PENGGUNA= RM 367.00.UNTUK PEMBELIAAN KALI KE 2 DAN SETERUSNYA AKAN DI JUAL DENGAN HARGA AHLI (RM 310.00 BESERTA KOS PENGHANTARAN)
PERHATIAN:- BONUS ( SUPER 5 )RM 300.00- RM 350.00 SEBULAN
BONUS ( SUPER 25 ) RM 2000.00 SEBULAN
TIKET PELANCONGAN KE SHANGHAI CHINA
(3) DALAM MASA SEBULAN JIKA ANDA MENGGUNAKAN SET PRODUK INI ANDA TELAH MENGUMPUL (BV 185).JIKA DALAM SEBULAN ADA 6 ORANG PELANGGAN YANG MENGGUNAKAN PRODUK YANG SAMA,MEREKA AKAN DI LETAKKAN DIBAWAH RANGKAIAN ANDA.
ANDA SECARA AUTOMATIK LAYAK MENDAPAT BONUS RM 300.00 - RM 350.SEBULAN
(4) JIKA ANDA DAN 6 PELANGGAN DIBAWAH ANDA. TERDAPAT 6 PENGGUNA DARI SETIAP MEREKA DALAM SEBULAN,SECARA AUTOMATIK ANDA LAYAK MENDAPAT (BONUS SUPER 25 = RM 2000.00 SEBULAN)
(5) KHAS UNTUK AHLI-AHLI BARU BERMULA DARI BULAN APRIL HINGGA BULAN OGOS QUALIFY 2 X SUPER 25 BERTURUT-TURUT DALAM 2 BULAN
CONTOHNYA:- BULAN JUN 1 KALI SUPER 25 DAN BULAN JULAI 1 KALI SUPER 25 DENGAN PENGGUNA YANG SAMA
ANDA SECARA AUTOMATIK LAYAK MENDAPAT 1 TIKET YANG DIBERI OLEH TASLY MALAYSIA SDN.BHD (TASLY SHANGHAI TRIP) TERMASUK PENGINAPAN, MAKAN DAN PENERBANGAN PERCUMA.
PROMOSI SAH DARI 1 JUN HINGGA 31 OGOS
AYUH REBUTLAH PELUANG KEEMASAN YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA DISAMPING KESIHATAN YANG TERBAIK.
No comments:
Post a Comment