Penjagaan Kesihatan 3
* Pesakit darah tinggi dan kencing manis hendaklah diperiksa darah buah pinggang dan kolesterol secara berkala, diperisa ECG utk mengesan sakit arteri koronari / sakit jantung dan diperiksa secara klinikal bagi mengesan penyakit salur darah sempit dan penyakit urat saraf peripheral – seperti kebas kebas di hujung kaki atau tangan bagi pesakit kencing manis. Mereka juga dinasihatkan untuk diperiksa oleh pakar mata; sekurang kurangnya 2 kali setahun atau ikut keperluan keadaan pesakit; ianya kerana penyakit kencing manis dan darah tinggi boleh merosakkan salur darah mata dan boleh mengakibatkan buta.
* Pastikan anda berusaha utk mendapat berat badan yang ideal atau bersesuaian dengan ketinggian anda; iaitu BMI ( Body mass index ) dalam julat yang normal.
* Pelbagai penyakit berkait dengan obesiti / kegemukan; seperti darah tinggi, kencing manis, strok, jantung, ketidaksuburan, batu dalam hempedu, sakit sendi dan tulang dan lain lain.
* Sekiranya anda kehilangan berat badan secara mendadak ; hendaklah disegerakan berjumpa dengan doktor untuk diperiksa secara teliti; di antara penyebabnya ialah kencing manis, thyrotoxicosis / sakit tiroid, kanser, batuk kering, AIDs, penyakit murung / depression dan segala macam penyakit kronik yang lain. Pemeriksaan darah mungkin diperlukan.
* Mereka yang ingin mengambil supplemen atau vitamin kesihatan seelok-eloknya mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu; kerana supplemen tertentu sesuai untuk keadaan pesakit yang tertentu. Pastikan ubat-ubat vitamin ini berdaftar dgn Kementerian Kesihatan Malaysia supaya terjamin keberkesanan dan keselamatannya.
* Bagi penjagaan tulang belakang pula; eloklah jangan mengangkat benda-benda berat dalam keadaan berdiri dan membongkok; tetapi sebaiknya mengangkat sambil mencangkung kerana sendi lutut boleh membantu untuk mengagihkan beban berat. Memakai back support adalah digalakkan; terutamanya bagi mereka yang bekerja mengangkat benda-benda berat atau duduk dalam keadaan posisi duduk yang lama bagi mengelakkan pembongkokan tulang belakang.
* Bagi ibu2 di rumah, sekiranya ibu2 yang ingin mengetahui tahap kepanasan suhu badan anaknya di rumah bolehlah memeriksa suhu badan anak2 dengan menggunakan termometer di rumah. termometer boleh dibeli di farmasi berdekatan. sekiranya suhu anak anda melebihi bacaan 38.5 Celcius ini boleh mengundang sawan sekiranya tubuh anak tdk dpt menahan suhu yang tinggi. bagi bayi yang demam boleh juga dibuat demahan dengan menggunakan air suam untuk mengelakkan bayi terkejut semasa melakukan demahan.sekiranya bayi anda dapat menerima demahan air sejuk dari air paip lagi bagus.lakukan demahan berterusan selama ><15>kepala bukan sekadar meletak di dahi sahaja.
* Bagi penjagaan bayi; susu ibu adalah yang terbaik dan makanan tunggal sehingga umur 5 bulan; sebaiknya diteruskan sehingga anak berumur 2 tahun. Susu formula boleh mendatangkan kesan alahan seperti selsema/ batuk/ lelah/ eczema – kemerahan kulit dan gatal / berak berak air/ berak keras / bayi menangis selepas diberi susu formula dan lain lain. Oleh itu jangan dedahkan bayi anda kepada risiko alahan ini.
* Bayi yang berumur dari 5 bulan hingga kanak-kanak beumur 5 tahun adalah berisiko tinggi untuk mendapat FEBRILE FIT / sawan kerana demam panas.Oleh itu; pastikan anak anda tidak dibiarkan demam panas tanpa rawatan segera. Tepid Sponging dengan cara meletakkan kain yang dibasahkan pada dahi anak anda / dimandikan ; pastikan anak anda tidak dipakaikan dengan pakaian yang tebal ; supaya haba panasnya mudah turun. Ubat yang dimasukkan ke dalam dubur ; mengikut dos yang tepat adalah diperlukan untuk menurunkan suhu badan secara cepat.
No comments:
Post a Comment