Thursday, May 13, 2010

Insomnia (Kesukaran Tidur)

Apakah yang dimaksudkan dengan Insomnia?

Kebanyakan orang pernah sekali-sekala mengalami masalah sukar untuk tidur. Ia merupakan satu perkara biasa dan mungkin tidak di anggap sebagai satu masalah kesihatan. Janganlah berasa risau sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur pada ketika tertentu dalam kehidupan anda.

Insomnia ialah merasa sukar untuk tidur dan tidur dengan nyenyak atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur/tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif/bertenaga di siang hari.

Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya. Sebanyak mana tidur yang anda perlukan bergantung kepada individu dan mungkin hanya 4 jam semalam atau mungkin sehingga 10 jam. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu merehatkan diri.

Pengkelasan Insomnia

Insomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.

Insomnia Sementara
Ianya bergantung kepada keadaan dan biasanya disebabkan oleh perubahan persekitaran atau tekanan hidup seperti mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri anda akan berlaku. Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari.

2. Masalah-masalah kesihatan
Penyakit yang boleh menyebabkan rasa sakit (contoh: angina pektoris, artritis, kanser, ulser peptik /refluks saluran gastrousus), masalah pernafasan (contoh: asma, bronkitis, penyakit penyumbatan pulmonari kronik, kegagalan jantung kongestif) atau kerap terasa ingin membuang air kecil (contoh: penyakit kencing manis). Masalah-masalah kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada kesukaran untuk tidur ialah hipertioidisme, penyakit Parkinson dan masalah buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik.

3. Masalah psikiatri
Kemurungan, gangguan keresahan, Skizofrenia, gangguan bipolar, penyalahgunaan bahan seperti dadah dan ubat-ubatan boleh menyebabkan insomnia.

4. Persekitaran tidur yang tidak selesa
Persekitaran yang bising seperti bunyi lalu lintas, kapalterbang, atau bunyi televisyen jiran boleh menyebabkan tidur terganggu. Bilik yang terlampau terang, suhu bilik yang terlampau sejuk/panas dan bantal atau katil yang terlalu lembut atau keras juga boleh mengganggu tidur.

Penjagaan Sendiri
Elakkan:


• Meminum minuman yang mengandungi kafein (seperti kopi,teh, minuman kola) dan alkohol, merokok atau mengunyah tembakau 2 hingga 4 jam sebelum tidur, bergantung kepada bagaimana ia boleh mempengaruhi kemampuan anda untuk tidur.
• Tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh.
• Membawa perselisihan atau masalah ke tempat tidur jikalau ia boleh diselesaikan sebelum itu.
• Memaksa diri untuk tidur dan merasa risau mengenainya.
• Tidur sekejap-sekejap pada waktu siang.
Bersenam secara tekal 3 hingga 5 kali seminggu. Walau bagaimanapun, senaman berat sebelum tidur mungkin menyebabkan anda sukar tidur.

Berehat sebelum tidur. Berhenti daripada membuat kerja beberapa jam sebelum tidur. Belajar cara-cara menenangkan diri dan mengosongkan fikiran daripada kerja atau masalah. Ini kerana apabila fikiran anda terlalu aktif, anda akan menghadapi masalah untuk berehat.

Pastikan persekitaran tidur anda selesa dengan cara mengurangkan gangguan luaran seperti cahaya lampu dan kebisingan. Tidur di atas tilam yang selesa, bantal yang lembut atau memakai pakaian tidur yang longgar.
Tidur hanya apabila anda rasa mengantuk dan gunakan tempat tidur anda untuk tidur sahaja bukannya sebagai pejabat atau tempat menonton televisyen.
Jika anda berbaring dalam keadaan jaga melebihi daripada 15 minit, keluar dari bilik tidur dan cuba lakukan sesuatu yang menyenangkan dan merehatkan anda.

Lakukan aktiviti-aktiviti yang merehatkan sebagai amalan sebelum masuk tidur untuk menimbulkan rasa mengantuk seperti:
• Mandi air suam
• Minum susu suam.
• Membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah.
• Mendengar muzik yang menenangkan.

Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengambil kira waktu anda tidur.
Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda beli dengan pegawai farmasi untuk mengelakkan dari terambil ubat-ubatan yang menyumbang kepada masalah tidur.

JIKA ANDA MENGGUNAKAN PRODUK :-

KEISTIMEWAANNYA

(1) ANDA AKAN DILANTIK MENJADI AHLI(TIADA BAYARAN UNTUK MENJADI AHLI). BORANG UNTUK REGISTER AHLI AKAN DIHANTAR DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM POS LAJU BERSAMA PRODUK YANG DIPESAN.

(2) SETIAP PRODUK YANG DIPESAN PADA KALI PERTAMA DI JUAL DENGAN HARGA PENGGUNA= RM 260.00.UNTUK PEMBELIAAN KALI KE 2 DAN SETERUSNYA AKAN DI JUAL DENGAN HARGA AHLI (RM 220.00 BESERTA KOS PENGHANTARAN)

PERHATIAN:- BONUS ( SUPER 5 )RM 300.00- RM 350.00 SEBULAN
BONUS ( SUPER 25 ) RM 2000.00 SEBULAN
TIKET PELANCONGAN KE SHANGHAI CHINA

(3) DALAM MASA SEBULAN JIKA ANDA MENGGUNAKAN SET PRODUK INI ANDA TELAH MENGUMPUL (BV 132).JIKA DALAM SEBULAN ADA 9 ORANG PELANGGAN YANG MENGGUNAKAN PRODUK YANG SAMA,MEREKA AKAN DI LETAKKAN DIBAWAH RANGKAIAN ANDA.
ANDA SECARA AUTOMATIK LAYAK MENDAPAT BONUS RM 300.00 - RM 350.SEBULAN

(4) JIKA ANDA DAN 9 PELANGGAN DIBAWAH ANDA. TERDAPAT 9 PENGGUNA DARI SETIAP MEREKA DALAM SEBULAN,SECARA AUTOMATIK ANDA LAYAK MENDAPAT (BONUS SUPER 25 = RM 2000.00 SEBULAN)

(5) KHAS UNTUK AHLI-AHLI BARU BERMULA DARI BULAN APRIL HINGGA BULAN OGOS QUALIFY 2 X SUPER 25 BERTURUT-TURUT DALAM 2 BULAN
CONTOHNYA:- BULAN JUN 1 KALI SUPER 25 DAN BULAN JULAI 1 KALI SUPER 25 DENGAN PENGGUNA YANG SAMA

ANDA SECARA AUTOMATIK LAYAK MENDAPAT 1 TIKET YANG DIBERI OLEH TASLY MALAYSIA SDN.BHD (TASLY SHANGHAI TRIP) TERMASUK PENGINAPAN, MAKAN DAN PENERBANGAN PERCUMA.

PROMOSI SAH DARI 1 JUN HINGGA 31 OGOS

AYUH REBUTLAH PELUANG KEEMASAN YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA DISAMPING KESIHATAN YANG TERBAIK.

No comments:

Post a Comment