Sunday, May 9, 2010

Penjagaan Kesihatan 4

Penjagaan Kesihatan 4

* Bagi kesihatan lelaki yg mengalami “Erectile Dysfunctional” atau lemah tenaga batin; samada alat kelelakiannya tidak boleh terangsang langsung, atau lemah rangsangan atau tidak boleh bertahan lama atau langsung tidak boleh mencapai klimaks; kebanyakannya disebabkan oleh faktor stress – seperti tiada keyakinan diri utk memuaskan pasangan, takut, cemas, risau, atau penat fikiran atau perasaan. Rosaknya urat saraf dan penyempitan salur darah yg diperlukan untuk ereksi juga mungkin menjadi penyebab utk masalah ini; terutamanya bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi.Oleh itu, pesakit yg mengalami masalah ini dinasihatkan supaya berfikiran dan berperasaan tenang dan berkeyakinan diri, pastikan kencing manis dan darah tinggi anda terkawal.Selain itu; ada juga masalah lemah tenaga batin ini disebabkan oleh kesan sampingan ubat; seperti ubat darah tinggi yg bernama “Atenolol & metoprolol “.Pesakit yg mengalami masalah ini dinasihatkan jangan sesekali mengambil / membeli ubat seumpama “viagra” sebelum anda diperiksa oleh doktor anda.Ubat seumpama ini adalah merbahaya diambil sekiranya anda menghidapi penyakit jantung dan darah tinggi.

* Bagi pesakit asma pula; dinasihatkan supaya anda mengenalpasti faktor faktor alahan yg boleh mencetuskan asma; seperti habuk, asap, debu bunga,makanan tertentu, alahan ubat, alahan gigitan/ sengatan serangga etc.

* Bagi pesakit darah tinggi adalah dinasihatkan supaya membeli alat utk memeriksa tekanan darah supaya tekanan darah anda terkawal dan diperiksa sendiri di rumah.Begitu juga bagi pesakit kencing manis; dinasihatkan supaya membeli “glucometer” – alat utk memeriksa paras gula dalam darah.
* Ramai di kalangan kita yg menhadapi masalah “allergic rhinitis” atau keadaan di mana seseorang mengalami tanda tanda terbersin, terbatuk batuk, selsema, gatal gatal mata, gatal gatal telinga, gatal gatal hidung, kemerahan mata – apabila seseorang terdedah kepada faktor faktor allergic seperti habuk, asap, perubahan cuaca sejuk, debunga, makanan laut, hawa dingin, bulu kucing dan lain lain.Oleh itu; cubalah kenalpasti penyebab penyebab alahan ini dan cubalah elakkan.Mungkin anda terpaksa mengambil ubat “anti histamine” apabila perlu atau mengikut arahan doktor.Ada juga ubat yg terpaksa diambil utk jangka masa panjang utk menguatkan sistem imun badan bagi melawan kesan alahan ini.

* Sekiranya allergic rhinitis ini tidak dirawat; ianya boleh mengakibatkan “sinusitis” atau lebih dikenali sebagai resdung.Ianya berlaku apabila lendir lendir jernih yg terkumpul di saluran pernafasan atas telah dijangkiti kuman; di mana hingus berwarna kuning atau hijau, sakit kepala, hidung tersumbat, hilang deria rasa atau bau.Keadaan ini hendaklah dirawat dgn antibiotik yg bersesuaian.

* Anda dikehendaki mengenalpasti ubat yg anda pernah allergik ketika berjumpa doktor atau membeli ubat di farmasi; seumpamanya gatal kemerahan kulit, bengkak bengkak muka atau bibir , sesak nafas secara tiba tiba apabila anda memakan ubat atau menerima suntikan dari mana mana klinik.

No comments:

Post a Comment