Sunday, May 9, 2010

Penjagaan Kesihatan 2

Penjagaan Kesihatan 2

* Buatlah pemeriksaan doktor secara tetap ; sekurang kurangnya setiap 3 bulan, walaupun tiada tanda tanda penyakit / sakit. Ianya sangat penting; terutamanya bagi mereka yang telah berumur 30 tahun ke atas; lebih lebih lagi sekiranya ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi di dalam ahli keluarga; terutamanya ibu bapa. Pemeriksaan tekanan darah / gula / kolesterol dan uric acid adalah sangat-sangat penting kerana ianya berkait rapat dengan pemakanan kita.

* INGAT ! Darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi adalah “MUSUH DALAM SELIMUT” kerana ianya boleh mendatangkan penyakit strok, buta mata, rosak buah pinggang dan serangan jantung dan lain-lain. Seseorang mungkin tiada tanda tanda awal sebelum mengalami sakit-sakit tadi secara tiba tiba dan boleh membawa kematian mengejut atau merana sakit yang kronik; seumpama rosak buah pinggang atau lumpuh sebelah badan.

* Sebaiknya dibuat pemeriksaan darah secara menyeluruh seluruh badan dan ujian kencing; juga ujian saringan atau screening test bagi penyakit kanser bagi mereka yang telah berumur 50 tahun ke atas.

* Bagi pasangan bakal bakal pengantin; eloklah dibuat ujian screening untuk penyakit Hepatitis B, sakit kelamin sepert VDRL/TPHA , HIV dan lain-lain bagi mengelak penyakit penyakit bahaya seperti Hepatitis B, syphilis , AIDs dan lain-lain yang boleh menjangkiti pasangan masing masing dan juga bakal bayi yang akan dilahirkan.

* Buatlah pemeriksaan ECG – bagi ujian jantung bagi lelaki yang telah berumur 35 tahun ke atas; sekurang-kurangnya 2 kali setahun walaupun tiada tanda tanda sakit dada. Tambahan pula sekiranya anda mengalami darah tinggi dan paras kolesterol tinggi dalam darah; kerana anda berisiko tinggi utk mendapat serangan jantung.Tetapi ianya adalah wajib dilakukan ECG segera sekiranya anda mengalami sakit dada dibahagian tengah atau kiri dada; dimana sakit dada ini bertambah kita melakukan kerja kerja berat. Bagi perempuan adalah juga digalakkan buat ECG.

* Berhati-hati selalu dengan penyakit-penyakit yang menular melalui darah ; oleh itu pastikan pisau cukur, berus gigi, jarum dan lain-lain JANGAN dikongsi. Ketika anda ingin menolong seseorg yang dalam perdarahan seperti kemalangan jalanraya; pastikan anda tidak terdedah dengan darah seseorg secara langsung; sebaiknya eloklah memakai sarung tangan.

* Dalam kita menjaga kesihatan buah pinggang kita; pastikan pengambilan air suling, rawat segera sekiranya ada masalah kencing kotor / kencing berkuman atau batu karang. Elakkan pengambilan ubat-ubat tanpa nasihat doktor atau farmasi. Pastikan kencing manis dan darah tinggi anda dirawat secara sempurna dan terkawal / stabil.

* Untuk makluman; asap rokok mengandungi nikotin yang tinggi ; di mana ianya boleh menyebabkan rasangan urat saraf yg menyarafi salur darah supaya mengecut; akibatnya edaran darah ke organ organ penting seperti otak, jantung, buah pinggang, mata dan lain-lain akan rosak secara perlahan lahan. Akibatnya anda sangat terdedah kepada risiko penyakit strok, sakit serangan jantung, rosak buah pinggang, buta mata dan lain-lain. Asap rokok juga boleh mengubah sel-sel normal di bahagian saluran pernafasan untuk bertukar kepada sel-sel kanser. Asap rokok juga boleh meyempitkan saluran pernafasan seseorang dan menyukarkan untuk membuang kahak dan akhirnya mengakibatkan sesak nafas yang kronik.

* Pengambilan makanan laut seperti udang, sotong ,ketam dan ikan bilis eloklah dikurangkan bagi mereka yang tahap kolesterol dan uric acid yang tinggi di dalam darah.

* Paras uric acid yang tinggi di dalam darah boleh mengakibatkan batu karang di dalam buah pinggang, saluran ureter dan pundi kencing.

* Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyempitkan saluran darah. Akibatnya pengedaran darah ke organ-organ penting akan terganggu; akibatnya ianya boleh menyebabkan strok, serangan jantung, buta mata, rosak buah pinggang, penyakit salur darah peripheral ( peripheral vascular disease ) dan lain-lain. Kolesterol yang tinggi juga boleh mengakibatkan pembentukan batu karang di dalam hempedu.

No comments:

Post a Comment